Powered By Blogger

Saturday, October 10, 2009

:: Hantu ::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur ke atas ALLAH yg maha Esa, Maha Mencipta lagi maha mengetahui..
Hari ini saya berhajat nak post tentang Kewujudan "Hantu" ni.. Di sebabkan banyak feedback yg nak aku post pasal mende ni.. Aku pon accept la idea dorang..

Hantu REAL @ TIDAK


Adalah TUHAN menciptakan segala makhluk dlm dunia ni. Dan diciptakan dunia adalah untuk kita melihat betapa besarnya kekuasaan Ia, dan kita haruslah taat kepadanya dengan beribadah.

Ya.. Memang betul, benda2 seperti orang halus dan jin tu memang ada sebab ada dalam hadis. Tp tu aku xyah ceta la. Bab maybe korang lebih tau. Aku pun penah alami kejadian aneh ni dah berkali2, masa sorang2 n ngan saudara dan kwn.

Bagi aku mende ni diciptakan utk menduga betapa teguhnya iman dan akidah kita, tu jek.. Aku belum penah dengar org mampus kena makan hantu pun.. Ada pun yg eksiden akibat konon di kejar hantu. Ok, aku terima. Tp, cuba anda fikir secara logik, nampak sgt org tu xde iman. Dia lebih takutkan hantu dari tuhan.

Aku x la ckp aku ni berani sgt, tapi pengalaman aku berseorangan lebih dahsyat. Biarlah jadi kenangan aku.
Ada sorang kwn ni, dia terlalu obsess kat hantu2 ni. Aku pun heran, siap nak wat team carik hantu. Wakakaka.. Tak ke bengap namenye tu!? Kita selalu ingin meyakinkan orang betapa wujudnya makhluk2 ni. Tp dlm masa yg sama apa akan jadi klu apa yg ingin anda cari itu mencari anda sendiri?, kerna anda dh terlalu dekat dh ngan syaitan. Ketawa lah syaitan tu dan membisik "takutlah pada hantu daripada tuhanmu".

Sekarang, banyak kes2 yg terjadi akibat kesesatan kita. Pasal tu biar anda fikirkan lah sendiri, dan apa yg terakhir saya ingin sampaikan ialah, pabila anda berhadapan dengan suatu situasi yg menyeramkan. Fikirkan lah, "apakah ini adalah dugaan padaku dan suatu godaan dari syaitan!?". Sesungguhnya masa kita takut sgt pada benda yg mcm ni, kita mudah terlupa pada sesuatu yg lebih sahih dan lebih besar. Walahuallam..

P/S : Takder bende yang mustahil dalam dunia ni. Semuanya berlaku adalah dari TUHAN.

Read more...

:: Menyumbangkan Lagu Tika Boring ::

Read more...

Monday, October 5, 2009

Durian Merah..

Pengenalan

Assalamualaikum.. Setinggi puji hanya kepada tuhan yang menciptakan manusia, haiwan juga tumbuhan dengan pelbagai rupa bentuk.

Disini saya berkongsi demi sedikit mengenai sejenis buah yang mungkin jarang di temui di semenanjung.

Ianya adalah "durian merah". Rupa bentuknya seakan durian putih yg biasa kita jumpa, tetapi ianya lebih kecil berbanding durian yg biasa dan isinya yg berwarna merah dan kurang berbau. Hehehe.. Pebret aku ni geng..

So, klu nak merasa buah durian ini, sila la dtg ke sabah pada musimnya.. wslm.

P/S : Photo ini diambil sebelum daku mencekik buah durian tersebut.. wahahahahahaha..

Read more...

Thursday, October 1, 2009

Raya.. Raya.. Duit Raya..



Raya Datang Lagi.


Assalamualaikum.. Pada semua pengunjung blog ini, juga rakan2 dan sahabat. Saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Ramadhan pergi, Syawal tiba..
Kemeriahan raya sudah terasa 2 hari sebelum tiba syawal. Kesibukkan jln raya akibat orang2 yg ingin membuat persediaan terakhir menjelang raya.
Siap yang bukan menyambut raya pun busy gak membeli belah. Tapi, itu lah semangat 1 rumpun.. Tidak kira cina, india, kadazan dll.. Semuanya bersama menyibukkan lagi keadaan dengan ber
shopping sakan dgn anak2 dan juga saudara-mara.

Pabila raya tiba, kanak2 lah yang paling Thrash menyambutnya.. Dlm fikiran mereka "DUIT RAYA". Ada yang sampai beraya berjam-jam kat umah. Semata-mata nak duit raya, ada lagi yang datang berkali2. Tapi xpe la, sebab raya pun setahun sekali.

Read more...

Monday, September 14, 2009

Kenapa Buang Rezekimu!?



"Dalam Semak, Dalam Longkang"

Alkisah, bukan utk memperkatakan lirik lagu dari amuk nih.. Tp, lihatlh kenyataan.

Dalam semak "BAYI", dalam longkang "BAYI", siap dalam baldi pun "BAYI". Masyallah, aku pun rock gak beb, tp x semestinya rock xder hati.

Tuhan tlah beri kita rezeki beb, supaya kita boleh berfikir, sedar dan yakin adanya ia. Tapi, bila diberikan rezeki, kita abaikan plak dh.

Bila dpt rezeki dari tuhan, buang sampah, buang longkang dan tinggalkn kat baldi. Dia manusia beb, bukan haiwan. Walaupun lahirnya dia dari cara yg salah, seperti maksiat.
Apasal x boleh ke jaga je dak ni, kene gak ke bunuh!?.

Tuhan maha pengampun beb, klu betul2 nak taubat dan kena ngan cara, insyallah, dosa pasti akan di ampunkan.

Apapun, moga bayi yg tidak bersalah ini di tempatkan di syurga indah, syukur mereka tidak berada di dunia yg penuh kepalsuan dan kejahilan ini.

P/S : ingatlah wahai sahabat2, kita rock leh rock. Nak tayang brutal bukan dengan membuang rezeki dlm semak, longkang, tong sampah dan baldi. Tp, brutal la dengan menegakkan segala kebenaran dan kesahihan.
Brutal lg dengan melawan hawa nafsu, itu baru brutal beb. Aku x cakap aku 100% baik. Sedangkan batu pun leh terhakis cuma dengan kelembutan air. Ini kan pulak kita yg ada akal fikiran yg 100% lebih baik dari haiwan.

P/S : aku post mende ni bukan utk mempersendakan sesiapa, tp peringatan utk kita semua. Maaf la jika ada yg terasa mahupun tersinggung. MAAF BEBANYAK!

Read more...
Powered By Blogger